Sejarah Sekolah

   Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek terletak Di Kampung Sungai Lerek dalam Daerah Setiu, Terengganu.  Jaraknya lebih kurang 20 KM dari Bandar Permaisuri dan 55 KM dari Bandaraya Kuala Terengganu.  Sekolah ini mula dibina pada awal tahun 2000 dan mula beroperasi pada  04 Jun  2002 dengan 12 orang guru termasuk guru besar. Tuan Haji Ibrahim bin Mohd merupakan guru besar pertama sekolah ini.
  Pada awal pembukaannya, sekolah ini menerima 150 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 5. Murid-murid ini merupakan anak-anak penduduk Kampung Sungai Pinang dan Kampung Sungai Lerek yang belajar dibeberapa buah sekolah berdekatan seperti SK Batu 29, SK LKTP Chalok Barat dan SK Chalok. Sehingga kini sekolah ini telah pun mempunyai 7 kelas termasuk kelas Prasekolah.


   Sekolah ini mempunyai rekabentuk bangunan yang menarik yang dilengkapi dengan bilik khas yang berpenghawa dingin seperti:

Pejabat
Bilik Mesyuarat
Bilik Guru
Bilik Muzik
Makmal Komputer
Pusat Akses
Perpustakaan
Bilik Tayang/ APD
Bilik SAL
Bilik BBM
Bilik iKelas
Bilik UPSR/ PIBG
Bilik Kesihatan
Bilik Buku Teks
Bilik Pemulihan

   Sekolah ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pelajarn Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji Razali bin Ismail pada 3 Jun 2002.  Jaraknya lebih kurang 20 KM dari Bandar Permaisuri dan 55 KM dari Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment